Assalamualaikum. update blog sambil dengar lagu marron 5- One more night. Rancak. Tadi pergi ke sekolah adalah macam pfttt . Orang tak ramai. Bosan tahap cipan mati pastu hidup balik pastu mati lagi. Agaknya laahh. Tapi mujur ada 2 orang geng. Memang bosan. Haii. Masuk kelas pastu ada lahh puak puak buad memekak dia. Mujur suara kau merdu kalau tak dah lama agaknya aku mati beku. Joke. Hehehe.
Sebenarnya, aku ada memori hidup. Agak malu nak bercerita. Tapi lantak. Bila duk sorang sorang akan teringat balik. Tadi sorang kawan tidur sorang baca novel. Haii memang bosan laahh. Tapi memori tue datang balik. Tetiba boleh gelak sekor sekor. Nak tahuu? Begini caranya ehh silapp begini ceritanyaa....
- Di sekolah rendah dulu, aku seorang pelajar yang aktif. terlibat dengan pelbagai acara. Hm ada suatu hari aku pergi lawatan di cameron highlands . memegang jawatan sebagai emcee dalam lawatan tu. pelbagai sekolah yang turut serta. dan boleh dikatakan 7 buah sekolah. Time tengah blabla atas pentas aku terpandang seorang anak teruna yang begitu kacak sekali. style seperti anak orang berada. Wajah yang cukup bersih dan putih. Tiada sebintik jerawat. Mata yang berwarna hazel boleh gugurkan jantung aku. bila dia pakai baju sekolah baju selalu tigh-in. Disiplin. Style dress up dia pun ala ala macam model. Ketampanan dia cukup terserlah. Hari terakhir aku mengangkat barang untuk disumbatkan dalam perut bas secara spontan aku terlanggar seseorang. cepat mulut aku cakap sorry. Aku rasa berderau darah aku bila tengok siapa gerangan tue. Rupaya si teruna yang mencuit hati aku. Dia tolong aku angkat barang yang jatuh ke lantai. Hati aku agak tercuit. selepas tolong mengutip barang aku, dia kenalkan nama and anugerahkan aku satu senyuman yang sangat manis. Lesung pipit yang agak comel. Aku terjelopok sebab terlalu lemah semangat tengok senyuman si teruna. Dia memandang aku dengan riak wajah yang penuh persoalan. Aku berlari secepat mungkin. Malu seperti ingin menangis. Tak cover ayu langsung. Sebelum naik dia jerit nama aku and lambaikan tangan tanda bye. Secara spontan aku lambaikan tangan jugak. senyuman aku agaknya sampai ke telinga.Hahaha.Nama dia Amir Ashriq. Itu cinta pertama aku.
- Aku pergi KL. Jalan jalan. And pergi tengok wayang. Cerita ombak rindu. Haii beratur menunggu giliran membeli popcorn. Lepas jea beli pop corn ada seseorang lelaki langgar ntah sengaja ataupun tidak. Tidak menoleh ke arah aku yang and tiada secebis kata maaf yang keluar dari mulut dia. Celaka. Popcorn yang baru dibeli separuh tumpah ke lantai dan aku dijadikan pelakon secara percuma disitu dan pengarahnya pulak lelaki yang celaka tue. Malu tak terkata. Hilang mood nak tengok wayang. Macam sakai -.- Ikutkan hati nak jea aku heret jantan tue and tumbuk bertubi tubi biar patah semua gigi. Tapi apakah daya, kudrat aku menghalangnya... Celaka kau!
Bila teringat semua nie aku ketawa sendiri. Whai popcorn. Whai jantan celaka. Kenapa sampai sekarang aku masih mengingati dirimuu. Agaknya bila kita dapat jumpa balik yaa? Hehehe. Gataiii engkooo. Chup! Semalam aku ada bermimpi aku couple dengan seorang lelaki yang agak tampan dan romantik. Kisahnya aku lupa. bangun dari tidur aku terus lupa. Adakahh...? jangan berangan woiii! Hahaha. Bye bye
No comments:
Post a Comment
Hi, Tinggalkan komen anda oceyy? Maceeehhhh :*