Assalamualikum,
Ehem. Dulu aku punya seorang kawan baik. Baik. Yaa terlalu baik. Nama dia Faizah. Berkawan ketika berumur 11 tahun. tapi dia tinggalkan aku ketika umur 11 tahun juga. Dia menemani aku kesana kesini. Yaa aku mengaku sewaktu umur aku mentah dalam lingkugan 11 tahun dan aku memegang kerusi sebagai anak guru besar di sekolah itu. aku menggunakan kuasa veto untuk Astagfirullah. Aku khilaf. aku silap menilai seorang kawan. Cantik sekali rupanya. Masya-Allah. Aku merindui dia.
Pernah suatu hari aku tinggal diasrama dan baju sekolah aku diconteng *tulis nama*. Ibu aku tanya 'Kenapa conteng dekat sini' Aku tidak menjawap. Bila kawan aku bertanya aku menyalahkan faizah 'Faizah suruh buat konon tak nak bagi curi' Ramai kawan aku memberi kata tomahan pada faizah. Ya'Allah berdosanya aku. Sehingga ke hari ini aku berdosa terhadap faizah.
Hari terakhir kata kata terakhir keluar dari mulut faizah ialah :
" saya cuma suruh awak tulis nama dekat belakang bukan dekat depan"
Kejam? Yaa aku kejam. Keesokan hari kelibat faizah tidak terlintas dimataku. Aku tertanya juga. Aida kata Faizah dahh pindahh. Tapi tiada rasa kesal tiada rasa menyesal dalam hati aku. Begitu hitam sekali hati aku.
Ketika umur aku meningkat 12 tahun aku mula sedar. Aku seorang yang yang ego. Yaa otak masih mentah. Ingin bergaul dengan orang yang berstatus 'hot' Tapi tanpa sedar aku telah menghotkan hati aku sendiri. Aku sedar aku melakukan kesalahan yang cukup besar. Sehingga kini aku menyesal. Betapa menyesalnyaa aku. Namamu selalu terselit dalam doaku.
Aku cuma memandang rendah dirimu. Ya kau sebagai anak kantin asrama langsung tidak sepadan dengan aku. Aku beranggapan begitu. Tapi aku tidak sedar kau selalu dibelakang aku. Membantu aku, menemani aku kemana sahaja. Memberi semangat .
Faizah , tahukan kau aku selalu mendoakan kejayaan kau . Merintih merindui kau sebagai sahabat dalam erti kata sebenar. Kau jauh tinggalkan aku. Kemana kau? sehingga sekarang aku tidak menemui kau. Wajahmu selalu bermain di mata aku di setiap waktu.Tidak pernah aku lupa wajahmu yang bulat. cerah. matamu yang agak sepet. Kau cantik. sangat.
Aku yakin, kau pasti seorang faizah yang berjaya. Yaa aku yakin. Faizah , jangan lupa selitkan nama aku dalam doamu. Aku banyak melalukan kesalahan. yaa banyak tidak terkata. Maafkan aku, sekali lagi aku mohon maafkan aku. Kau terlalu baik. Maafkan aku Faizah .
Untuk kau yang sudah lama tinggalkan aku, aku mendoakan kejayaan mu. Aku pasti kau seorang yang hebat dimasa hadapan kelak. Insya'Allah jika umur aku panjang kita akan bertemu.
Dari sahabat lamamu
Nur Aisyah Sudin.
No comments:
Post a Comment
Hi, Tinggalkan komen anda oceyy? Maceeehhhh :*