Air mata berderai .

Assalamualaikum.......

Lama tak update........ rindu saya tak? mesti rinduuuuu kaannnnnn? ok boleh muntah. wkwkwwk. entry ni bukan entry yang boleh buat air mata kau meleleh macam hingus adik kau tu k? aku bukan pakar motivasi yang nak bagi kesedaran diri untuk exam tu. Hahahaha mula mula memang la sedih kan sebab dia cakap pasal mak ayah semua. bila mak ayah takda macam mana semua tu kan? memang la air mata meleleh

Ok stop mengarut. aku nak cakap peragai yang boleh makan diri. ala ala macam tu lah. tapi ia membabitkan cinta. ceehhhh. haa cerita ni aku dapat dari kawan aku. kononnya moral value dari apa yang dia buat la. 

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Kau pernah dengar perkataan "menipu" kalau kau tak pernah dengar bagus la. tak payah kau nak belajar benda mengarut tu. lawak hambar. Okey macam ni. bila kau cintakan seseorang jangan pernah sesekali kau tipu dia okey? sekali kau tipu dia sampai mampos dia tak percayakan kau. haa sedih tak? sedih la lahanat :'/ yang paling sedihnya bila kau betol betol sukakan dia. kau terlampau sayangkan dia tapi dia dah tak percayakan kau. *lap hingus* 

Tapi kau jangan risau. kau boleh kembalikan kepercayaan dia. dengan cara tunjukkan betapa menyesalnya kau menipu dia dulu k? tapi first kau kena tahu apa tujuan kau menpu? suka suka atau untuk kebaikan? contohnya kau tipu dia sebab taknak dia kecil hati ke nak lari dari bekas keksaih ke what so ever lah. Kau jangan risau. kau pernah dengar pepatah melayu "kerak nasi kalau disiram dengan air lama lama lembutla" sekeras mana pun hati dia, akhirnya akan lembut juga dengan keikhlasan & kejujuran kau :') 

benda ni memang mengambil masa yang sangat lama. kalau kau betol betol cintakan & sayangkan dia maka buktikan lah. jangan cakap je "saya sayangkan awak sangat sangat" and blablabla tu. tunjukkan! dan paling penting jangan give up. And kau jangan la paksa dia percayakan kau. kau ingat tak sakit ke kena tipu? mencucuk hati tau? Kihkih n.n tapi kau kena janji jangan ulangi lagi & berubah la . 

Moral cerita kawan aku ni. dulu dia suka mainkan perasaan orang. jangan pernah kau mainkan perasaaan orang, sebab apa apa pun Allah akan balas balik. and time tu la kau rasa apa yang kau rasa? Bahagia la kau mainkan perasaan orang? suka la kau? Kau rasa lawak ke mainkan perasaan orang. ((nyirap kejap)) ahahaha. macam macam cara Allah balas. Apa yang kita biat dekat orang dulu. Allah balas balik. Tapi bersyukur la kau dihukum yang di dunia berbanding di akhirat nanti. sesungguhnya azab dia akhirat nanti pedih tak tertanggung :'( jadi ni ada contoh  kawan aku :

awal bulan 6 haritu dia couple dengan anak jati johor. agaknya la anak jati johor. tapi dia tak mainan perasaan anak jati johor ni sebab dia terlampau sukakan & sayangkan anak jati johor ni. tapi dia tipu. sobs sobs :'( and kau nak tahu tak sampai sebulan diaorang  break doooooo. sebabnya rahsia terbongkar...... Wuuuuuuuu. sedih tak? aku admit memang sedih & sakit. kalau aku dekat tempat dia boleh gila kot. lol. diaorang putus tengahari. start tengahri smpai  malam air mata kawan aku berderai. Lololol. kalau ditadahnya dekat sungai yang kering kontang boleh banjir kot. Elelele gamaknya la.

tapi time pukul 3 aku dengar orang menangis. Aku ingat hantu beb. nak terkencing pun ada. rupanya kawan aku tak habis lagi menangis sambil dengar lagu hafiz yang terbaru tu bahagiamu deritakuuuu. pastu dia pergi depakan tangan macam  dalam cerita titanic tu. lol. aku ingat dia gila berimaginasi anak jati johor pergi peluk dia. Ahahaha rupanya tak. dia cuma nak tenangkan hati. 

Ingatla pesanan aku ni "menipu akan makan diri sendiri" kau tengokla betapa deritanya kawan aku. and now dia duk menunggu  anak jati johor tu. kiranya nak lembutkan hati anak johor tu la, Insya'Allah la ya :') dengan izin Allah mesti kauorang akan getback . memasing yang jenis susah nak suka dekat orang. insya'Allah ada lagi cinta dihati memasing. aku sebagai kawan cuba boleh tolong bantu saja :') 

                                               - Sekian dari Echa \\ Assalamualaikum & Bai -


No comments:

Post a Comment

Hi, Tinggalkan komen anda oceyy? Maceeehhhh :*