Travel : Melaka & Kuala Lumpur

Assalamualaikum,

Hai olls. haritu pergi trip kelas. 15nov-18nov (sabtu-isnin) dapppnyewwwwwww ((jet jet dapp)) kiteorang bertolak pada malam 15nov. bertolak memalam lah best. bertolak dalam pukul 9:00. urghhh bosan je dohh atas bass. budak laki memekak je. main gitar pastu nyanyi. ya'Allah suara sumpah tak sedap doh. aku awal awal lagi pakai earphone pastu dengar lagu volume 100% hahahahaha. ikutkan hati nak jewwp aku campak gitar luar tingkap. HAHAHAHAHA tapi takboleh sebenarnya sebab gitar tu Najmi punya. Najmi baik orangnya. ((Cehhhh)) sekiannn lama atas bas akhirnya sampai dalam pkul 6:56 myb. 10 JAM dohh atas bas. kejang habiss badan. perrghhh :'/

Haaaa kiteorang bukak sewa asrama sekulaahh ye, tak sewonok perghh 'sewonok' takboleh blah. HAHAHAHA. kiteorang stay dekat homestay. homestay is the best. tapi bukan duduk sekali dengan student lelaki. sebelah je. senang kan? takpayah la susahkan drive bas. hehe. homestay dia okey gila! cuma cermin je tak okey. HAHAHA rendah sangat. terpaksa naik atas kerusi. yelaaa konaa la cantik cantik. harga pun berpatutan pastu dekat dengan pusat bandar! 

" No 23, jalan 3/2
Taman indah,
Seksyen 3,
Padang Jambu,
Melaka"

okey okey dah dah promote homestay. hehehe. lepas je sampai terus mandi pastu makan. actually plan taknak tidur dalam bilik sebab susah nak tukar baju sembahnyang semua. tapi semua pergi serbu masuk bilik. & i was like okeeyyyy. hahaha tak kesah la nak serbu bilik pun. tidur dekat luar pun sewonok jugak. dalam pukul 11 kiteorang keluar pergi taman seribu bunga!

taman seribu bunga ni over. kononnya "seribu bunga" tapi puii bukan seribu bunga tapi seribu daun kering. perghh daun kering belambak dooh. bunga takda jew. sakai. pastu dahla kotor. takda orang tolong sapu pun dedaun kering. dalam internet kemain duhh. huh. (( membebel lebih))








(( hanya tempat yang bersih sahaja aku ambik gambar))

kiteorang singgah kejap je. dalam jadual 2 jam sebab yela 'exciteedd syagaatt' kononnya seribu bunga. hahahaha. tapi pergi time panas terik memang takboleh blah la. pergi sana memang busaann nak mati & nak berguling guling. Eh? pastu pergi bandar stadthuys. omg cantik gila bandar stadhuys memang perghh! tapi ada jugak dia baik pulih. baik pulih apa ntah. 





(( hashtag bukan melaka kalau takda beca hiasan macam lelawa macam ni))

Pastu kiteorang naik tangga. Ya'Allah kemain tinggi. mau semput guwa ((jet jet semput)) hahahaha sampai dekat atas sekali ada orang jual air. beli je dekat situ. memang cepat gila habis air. murah rezeki budak tu. HAHAHA. 

Lepastu kiteorang naik bukit st paul's hill ((A' famosa))









lepastu kiteorang pergi mahkota parade! shopping timesss! eleh jet jet shopping padahal idok pun. takdak feeling langsung nak shopping. actually nampak 'Starbucks' tu yang jadi tak fikir nak shopping. sewonok sangat jumpa starbucks lepas berbulan bulan tak minum. pergghh!




(( Vanila & chocolate chip ice cream frappuccino))

okey then lepas shopping semua kiteorang pergi makan dekat food court & balik. malam tu ditakdirkan hujan takboleh keluar. takboleh naik taming sari (( sobssss)) sedih nak mati dahla tak pernah naik benda alah tu. huhu. tolong jangan nak perli sangat aku tak naik benda tu kang makan kaki. HAHAHA tapi dalam pukul 8:15 kiteorang keluar dinner. eleh dinner. keluar makan je. dalam 8 orang tak pergi. semua perempuan. malas katanya. tapi kan makanan dekat kedai tu 'TAK SEDAP LANGSUNG' dalam ketogeri TAKBOLEH MAKAN. hahahaha rojak mee aku dia punya jemput jemput tu keras. mee pun rasa keras. ayam pun takda. Ok boleh menangis....................................... maggie goreng kawan aku tak rasa maggie rasa mee goreng. mee goreng kawan aku tak rasa mee goreng. OK.

Hari kedua. kiteorang pergi melaka wonderland!!!!!!! memang best gila okey. lagi best dari gambang, pahang. HAHAHA



nak cakap pasal wonderland ni. memang sakit hati bila teringatkan cikgu. K. sebelum pergi aku & nik dah tanya cikgu dah siap semua ke segala surat surat fax. dia cakap dah siap. okey okey. pergi sana orang dekat sana cakap dia tak dapat apa apa surat dari sekolah aku. hahahaha nyirap dodol aku & nik u___u dahla jumlah yuran lawatan tak banyak. urgghh. keterpaksaaan lah bayar harga asal. takkan nak patah balik rumah. memang tak lah jawapnyaa. 







actually banyak lagi gambar, tapi tak cantik. HAHAHA okey kiteorang masuk dalam pukul 11:30 and keluar pukul 3:00 petang! 5 jam hahahaha. terserlah keexcitedtannya. ((maaf, saya seorang pemusnah bahasa melayu)) menangis cikgu Sunaidi kalau baca blog aku. hahaha. lepastu kiteorang pergi makan dekat r&r masjid Al-Azim. hm aku tak makan, akmal je makan sebab takut tak sedap je. but nvmlah aku ada maggi cup. balik rumah boleh makan maggi cup. 

Lepastu cikgu cakap dalam pukul 6 kiteorang kena keluar pulak. pergghh tak sempat K. dahla toilet ada dua je. apa punya sodiihhh u___u lepas pukul 6 budak laki semua dah naik bas budak perempuan dalam 9 orang tak naik lagi. sebab? sebab berhias lah. ada yang pakai shawl tak menjadi, tudung bawal tak menjadi. budak sekolah aku memang takkan keluar rumah kalau tudung tak cantik. dalam diari hidup diaorang myb takda 'Hijab bad day' kot. hahahaha. 6:30 baru kiteorang semua naik bas. menuju ke melaka river cruise! beb? turun kemain awal sampai dekat sana 5 minit je duh. naik bot pukul 8. sejam K kiteorang dalam bas. tapi pukul 7:30 aku turun jenjalan sebab dekat situ ada jugak kedai kedai air. baju, ice cream semua. 

nak cakap pasal ice cream. kemain mahal K! cawan kecik je tapi 3 ringgit. nak cakap ice cream apa? ice cream yang dalam bekas kuning yang besar gedabak tu. pergh cekik darah K. hehe tapi tercapai jugak hajat aku nak minun coconut shake malaka. apak sedap dodol. berpatutan dengan harga! okey nak cakap melaka river cruise ni memang best sangat! naik malam malam la best. serious macam luar negara tahu? hahaha 







Ok lepas siap naik river cruise kiteorang pergi bandar stadhuys buat kali kedua! actually aku yang nak pergi sebab nak beli tudung. serious doh terdesak nak mati hak0 tudung. takda tudung nak pakai esuk. okey so masuk dataran pahlawan. Bosan nak mati kot masuk dahtaran pahlawan. takda apa doh. tapi aku rasa dah nak tutup kot. sebab dah nak pukul 10 dah. hm. tak beli tudung tapi beli starbucks buat kali kedua. okey heaven kooo tahu. hehe


dekat luar dataran pahlawan ada kedai macam pasar malam. so cari dekat situ je tudung. Hm dekat pasar malam pun takda tudung aku nak! maaf aku ni cerewet nak mamp0zzz. HAHAHA -.- sebenarnya aku tengok muka akmal moody. bukan sebab apa moody. sebab penat. time dekat mana ntah dah hampir nak gadoh dah aku dengan dia. bukan apa aku nyirap. HAHAHA. ye ye aku tahulah penat aku pun penat. ok tutp kes. dekat pasar malam tu aku jumpa kedai yang aku nak tudung tu. tapi takda colour. baju aku colour biru. colour yang ada dekat situ semua tak kena. 1 je kena iatu colour biru. ikutkan hati taknak tapi tengok akmal down aku lagi lah down. k0 ingat aku nak ke shopping sedangkan orang lain mati mood. sorry tu bukan aku. atas bas kemain nak menangis doh aku. dalam hati 'Hodoh sial aku esok hmm hodoh!' hahaha pastu tak bercakap langsung. memang mati mood. tapi bercakap la jugak sikit. 

Hari last. kiteorang bertolak ke Kee yel ((KL))!! tempat kiteorang pergi ts (( berjaya times square)) nak cakap pasal ts. sedih nak mati. tak best. bukan ts tak best tapi urgghhh. actually nak tengok wayang. highland tower tapi dah takda. nak tengok carrie tapi tak cukup umur. so K. ajak main tapi salah sorang taknak. kalau naik tu ni nak terberak semua. so taknak paksa buatnya majok dekat situ hancur mood. HAHAHAHA. okey memang tak best langsung. shopping pun tak sangat. cari buku, takda buku yang aku nak. aku beli kasut converse je. hehe new shoess!! actually nak vans baru tapi mahal. biasanya aku beli dengan ayah. converse ni taklah mahal sangat. dah lama cari converse merah tapi takda size, tak jumpa semua. hehe. red means brave :-)))) 

Okey malas nak membebel panjang. ni times square. aku tahu semua dah tahu tapi apa aku pedulik. nak post jugak. hehe




Ok lepastu kiteorang naik sogo. tolong bukan shopping. makan je. lepas siap makan kiteorang pergi masjid india. bro? masjid india ni lah tempat paling aku tak sabar nak shopping. tapi mood aku nak shopping hancur berlebo000r macam tu je. sebab? sakit hati dengan cikgu. cikgu tinggal macam tu je. time tu aku, akmal, nik, siti, adilah, aida, shafa'atin, ustazah Huda, afifah, hanan & noriza. nak tanya ustazah Huda? dia pun sama taktahu. okey so call tanya diaorang dekat mana tapi diaorang takboleh bagi direction. so OK. 

nvm lah kiteorang shopping macam biasa je. tapi hati bengkak dodol. even hati bengkak pun belambak diaorang shopping. bukan aku la. selain aku, akmal, noriza & hanan. so happy shoppinggggggg!! lepastu Nurfa text aku tanya dekat mana pastu kiteorang balik dekat sogo balik. nasib ada budak laki tolong teman kiteorang shopping. pastu nik suruh budak laki yang lain semua naik bas tinggal Najmi je. sebab nak dia teman hehe. 

sampai dekat sana student lain bebel 'Korang pergi mana 2 jam kiteorang jumpa' eh ada aku kes00oohh? HAHAHA jahat cam taik dol aku. time nak naik bas aku tengok Nurfa banyak gila shopping so aku tanya dia berapa habis. tanpa rasa pape dia cakap '700. kau beli apa?' Allah........................................... banyak gila K. aku habis 200 je. HAHAHA. so kiteorang pergi r&r genting sampah berhenti makan la. Mcd fr dinner. g wrap & milo panas urgg its heaven. hehe. s

Siap siap semua kiteorang bertolak balik dalam pukul 11:00 malam. so kesimpulan lawatan ni best. dahla kengkawan semua ni otak senget. hahaha. memang memekak je kerja kiteorang. tapi takpa bukan KL kalau tak bising K. hahaha tahun depan cadangan lawatan myb ada. Ok bai

Dah macam CEO!

Assalamualaikum,

lama sangat tak update. dah berhabuk mungkin. sumpah sibuk gilaaa doh sekalang! final exam dohhh. HAHAHAHAHAHA nak gelak sangat bila sebut final exam. subject yang dah lepas bahasa melayu, bahasa inggeris, sejarah, & pendidikan syariah islamiah ((paper 1)) hmm dalam banyak banyak paper yang aku jawab haram ada yang senang. semua susah. bahasa melayu yang bahagian 2, nak 360 tapi hambek k0 aku bagi 200 lebih. sompornaa sangat doh. HAHAHAHA k. first time lah jawab sejarah kertas 3. macam nak lompat bangunan tahu? masa 3 jam je. nak salin semua tu memang perghh kejar masa. nak cari lagi. apa ingat ni robot ke? ni manusia k. sekian.

malas nak cakap pasal exam. sakit hati sangat. hmm. jangan terpedaya dengan tajuk entry. tolong.'dah macam CEO' ni penipuan semata mata. ek eleh bukan mcam ceo sangat pun. HAHAHAHA. sebenarnya aku buat kertas kerja lawatan. trip to melaka & key el ((KL)) we go! biasanya cikgu yang buat kan. tapi kiteorang dah tingkatan 4 so kena buat sendiri. sedih sangat. hm sobss :'( dari bulan 9 sampai sekarang tak siap. bukan. kertas kerja dah siap tapi surat nak keluar negeri, surat kepada JPN & sebagainya tak siap lagi. dari bulan 9 sampai sekarang naik turun pejabat. tetiap hari. aku repeat tetiap hari. aku nak cabut kaki. tolong. 

Kena cari homestay, kena call ke tempat yang kiteorang nak pergi untuk dapat diskaun & mudah nak masuk. bila dah ada surat senang takpayah beratur pepanjang pastu mandi peluh. masuk bas bau. sesak nafas semua bukan aku yang tanggung. hehe. memang susah sangat nak buat natang ni. eiii geram :'/ tapi tak kisah lah. yang aku sakit hati sangat bila.......................................................... begini ceritamya.

sebenarnya aku ni bendahari. Tapi aku yang kena buat kertas kerja sebab setiausaha takda masa nak buat. nak buad camnew orang ada boypreng. owang bahagia taxboleh ganggu. euw. hahahaha. macam ni lah. dia tu taktahu pape kau tahu? ok maksud aku bila orang tanya 'eh berapa orang student pergi' 'eh kita pergi mana' & blablabla mesti dia suruh tanya aku. nampak sangat tak ambik tahu. kalau dah takbuat kertas kerja ambik tahu lah. biar k0 paham semua. aku tak kesah suruh aku tiap ke apa. tapi yang buat aku nyirap k0 taktahu pape. semua nak suruh orang rujuk aku. bilangan berapa orang yang pergi pun kau taktahu, melampau sangat dah k0 ni. orang macam kau patut dibuang negeri atau dibuang negara. atleast ambik tahu lah dodol u_____u and haritu aku ada masalah. so aku memang takda mood langsung nak buat. so aku suruh dia buat, tapi last last dia cakap 'Alaaa tolong la buat aku takda masa' aku rasa nak telan dia hidup hidup. kalau boleh. tapi malang aku bukan dinasor. 

pastu sekarang dah tiba masanya lah orang bayar yuran lawatan. tapi disebabkan kertas kerja aku yang buat semua, yang bercakap dengan orang sana, yang cari homestay adalah AKU. aku suruh dia lah pulak yang buat kerja. tiba masanya kau pulak yang buat kerja. tapi malang dia suruh aku jugak yang kutip duit. nampok beno mao makonnn penampoooorr :'// HAHAHAHA aku tak kutip pun aku suruh dia yang buat tapi dia suruh jugak aku ((line panas)) pastu tadi shafiq yang bercakap dengan dia suruh buat kerja kutip duit sebab kesian dekat aku semua kerja aku yang buat ((touched)) hehe. pastu dia pun buat kerja tu. 


tapi kan yang sakit hati lah cikgu yang buat surat mintak bas & surat ke JPN. hari ahad haritu dia cakap dekat aku 'awak cakap dekat cikgu Adiha yang saya taksempat buat kertas kerja tu sebab saya kena pergi kursus' pastu tadi aku naik pejabat pergi dekat cikgu Adiha cakap macam yang cikgu tu cakap. pastu tetiba cikgu Adiha cakap 'Eh dia cakap dengan saya dia dah siap surat tu apa cerita pulak ni. awak dah lambat sangat ni. awak ada masa 2 minggu lagi" hmm sakit hati betol lah :'( 2minggu je lagi. 15nov malam ni dah bertolak. kalau tak siap jugak minggu ni @ minggu depan confim cancel. hm sedih. memang kena cepat. HAHAHAHA. Aku benci manusia yang sebegini. kalau benci kawan tadi takpa kalau benci cikgu takboleh. hm macam mana nak buat :'/ nasib baik ada cikgu Siti. cikgu Siti boleh tolong sikit sikit. malas nak type. Bai bai :-)

Echa xx


Obses yang terlampau.

Assalamualaikum,

(( Bo photos to show))

Kepala penuh dengan idea apa yang nak diupdate tapi tidak sampai mahu pecah. cis. sambil - sambil update dengar lagu korea 'because i'm stupid' yang dalam cerita boys over flower, nak dijadikan cerita aku baru tengok cerita ni. sebelum ni selalu aku dengar kengkawan cakap pasal cerita ni tapi aku buat donno je. macam berlagak. ahahaha ambui. tapi bila dah tengok mengelepar je tak habis. sampai ke zohor tahun tahun depan agaknya. yang paling nak melompat sampai ke langit bila tengok kim beom, eiii comel sangat!!!! tapi aku bukan obses dengan cerita boys over flower ke kimbeom. eh kim beom tu aku obses myb. hehe

Aku seorang yang terlampau obses dengan jam tangan. Hahaha sekarang ni i have six watches. ada tiga roscani, satu casio dan satu as'polo and satu avon. ahaha. eleh. mcam nak show off. (( istigfar)) aku bukan nak show off, tapi hanya ingin berkongsi. aku suka kumpul jam benbanyak ((bajet kaya)) tapi jam yang aku kumpul semua mahal mahal ((bagi aku jelah u_u)) Kalau hilang memang aku akan mengamuk and mood aku jadi down. hahaha kenkadang kalau jam aku hilang aku boleh jadi horrible girl (eleh yeje)) and ada one day jam yang abang aku bagi hilang. dalam kelas. semua ayat keluar. ((istigfar)) hahaha. tapi aku syak akmal yang sorok sebab muka dia "takboleh blah" kalau menipu. and aku dengan berlagak aku acuh penyapu dekat dia macam polis acuh penjenayah dengan pistol. tapi dia tak ngaku............................ & mood aku jadi down gila. and bila aku tunjuk muka yang moody habis dia bagi je dekat aku and time tu aku rasa nak jentik dahi dia sampai benjol 200+ inci. serious talk kakoatalk -_-

Dan sekarang aku dalam proses cari moustache, eiffel tower & british flag watch. serious cantik gila. and aku rambang mata macam nak tercabut mata ((jet jet je))



(( moustache watch))



((eiffel tower watch))


((british flag watch))

semua cantik cantik kangg? actually cari tahun lepas lagi tapi tak jumpa. Ughhh sighhhhh :'// and haritu tu tu keluar jumpa, tapi harga 10 hengget. ok chop chop bukan nak berlagak tapi aku takot pakai tak sampai setahun dah rosak semua bagai or tak sampai sebulan. mau aku pulas kepala nanti. nak order dekat internet tapi tak reti & mak tak bagi. reason yang sangat kukuh. cis.

okey. malas nak potpet dah. Bai xoxo - echa :*



Air mata berderai .

Assalamualaikum.......

Lama tak update........ rindu saya tak? mesti rinduuuuu kaannnnnn? ok boleh muntah. wkwkwwk. entry ni bukan entry yang boleh buat air mata kau meleleh macam hingus adik kau tu k? aku bukan pakar motivasi yang nak bagi kesedaran diri untuk exam tu. Hahahaha mula mula memang la sedih kan sebab dia cakap pasal mak ayah semua. bila mak ayah takda macam mana semua tu kan? memang la air mata meleleh

Ok stop mengarut. aku nak cakap peragai yang boleh makan diri. ala ala macam tu lah. tapi ia membabitkan cinta. ceehhhh. haa cerita ni aku dapat dari kawan aku. kononnya moral value dari apa yang dia buat la. 

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Kau pernah dengar perkataan "menipu" kalau kau tak pernah dengar bagus la. tak payah kau nak belajar benda mengarut tu. lawak hambar. Okey macam ni. bila kau cintakan seseorang jangan pernah sesekali kau tipu dia okey? sekali kau tipu dia sampai mampos dia tak percayakan kau. haa sedih tak? sedih la lahanat :'/ yang paling sedihnya bila kau betol betol sukakan dia. kau terlampau sayangkan dia tapi dia dah tak percayakan kau. *lap hingus* 

Tapi kau jangan risau. kau boleh kembalikan kepercayaan dia. dengan cara tunjukkan betapa menyesalnya kau menipu dia dulu k? tapi first kau kena tahu apa tujuan kau menpu? suka suka atau untuk kebaikan? contohnya kau tipu dia sebab taknak dia kecil hati ke nak lari dari bekas keksaih ke what so ever lah. Kau jangan risau. kau pernah dengar pepatah melayu "kerak nasi kalau disiram dengan air lama lama lembutla" sekeras mana pun hati dia, akhirnya akan lembut juga dengan keikhlasan & kejujuran kau :') 

benda ni memang mengambil masa yang sangat lama. kalau kau betol betol cintakan & sayangkan dia maka buktikan lah. jangan cakap je "saya sayangkan awak sangat sangat" and blablabla tu. tunjukkan! dan paling penting jangan give up. And kau jangan la paksa dia percayakan kau. kau ingat tak sakit ke kena tipu? mencucuk hati tau? Kihkih n.n tapi kau kena janji jangan ulangi lagi & berubah la . 

Moral cerita kawan aku ni. dulu dia suka mainkan perasaan orang. jangan pernah kau mainkan perasaaan orang, sebab apa apa pun Allah akan balas balik. and time tu la kau rasa apa yang kau rasa? Bahagia la kau mainkan perasaan orang? suka la kau? Kau rasa lawak ke mainkan perasaan orang. ((nyirap kejap)) ahahaha. macam macam cara Allah balas. Apa yang kita biat dekat orang dulu. Allah balas balik. Tapi bersyukur la kau dihukum yang di dunia berbanding di akhirat nanti. sesungguhnya azab dia akhirat nanti pedih tak tertanggung :'( jadi ni ada contoh  kawan aku :

awal bulan 6 haritu dia couple dengan anak jati johor. agaknya la anak jati johor. tapi dia tak mainan perasaan anak jati johor ni sebab dia terlampau sukakan & sayangkan anak jati johor ni. tapi dia tipu. sobs sobs :'( and kau nak tahu tak sampai sebulan diaorang  break doooooo. sebabnya rahsia terbongkar...... Wuuuuuuuu. sedih tak? aku admit memang sedih & sakit. kalau aku dekat tempat dia boleh gila kot. lol. diaorang putus tengahari. start tengahri smpai  malam air mata kawan aku berderai. Lololol. kalau ditadahnya dekat sungai yang kering kontang boleh banjir kot. Elelele gamaknya la.

tapi time pukul 3 aku dengar orang menangis. Aku ingat hantu beb. nak terkencing pun ada. rupanya kawan aku tak habis lagi menangis sambil dengar lagu hafiz yang terbaru tu bahagiamu deritakuuuu. pastu dia pergi depakan tangan macam  dalam cerita titanic tu. lol. aku ingat dia gila berimaginasi anak jati johor pergi peluk dia. Ahahaha rupanya tak. dia cuma nak tenangkan hati. 

Ingatla pesanan aku ni "menipu akan makan diri sendiri" kau tengokla betapa deritanya kawan aku. and now dia duk menunggu  anak jati johor tu. kiranya nak lembutkan hati anak johor tu la, Insya'Allah la ya :') dengan izin Allah mesti kauorang akan getback . memasing yang jenis susah nak suka dekat orang. insya'Allah ada lagi cinta dihati memasing. aku sebagai kawan cuba boleh tolong bantu saja :') 

                                               - Sekian dari Echa \\ Assalamualaikum & Bai -


Travel : Bangkok

Assalamualaikum!!!

Lama kan aku tak update? rinduu tak? *muntah hijau* :'\ 17 haribulan 5 haritu tuu tuu aku and family pergi bangkok, thailand!!!! Wuuuuu uuuuuu *clap hands* Dapnyewwww pergi dapp gilaaaaaaaa :-))) Perjalanan dia cuma 2 jam. Kononnya cuma la peah -.- padahal atas flight nak kemutu bontot. Kihkihkih. Tapi aku naik bisness class, lega. sebab dia ada natang pew la orang panggil tapi ala ala ipad la. Ceeewaaahh. aku naik sebelah pagi, time tengahari dia hidangkan makanan lunch. Makanan pun sedappp *jilat jari* tapi time tu aku sakit kepala so tak berapa nak tertelan jew makanan. sebelum ni tak prnah naik flight then sakit kepala. kiranya ni first time la. Kuikuikui :'\\\\\ 

Aku stay dekat hotel "holiday inn, Silom" hotel dia pun serba mewah, tapi yang leceh nya nak masuk berak kencing susah sebab dia takda paip air. *sigh* so pandai pandai la fikir nak buat macam mana :-))))). Lepas je sampai hotel tu terus tidor rehat bagai. Penat gila. Naik turun train. dahla banyak kali naik turun train pastu dengan beg berat nya. Haish tapi takpa boleh turunkan berat badan. ceehhh. So malam tu lepas dah segar semua pergi dekat asiatique. Pergi situ pun sebab nak dinner je, tapi takda sebab banyak yang tak halal. so dekat market tu ada ' kebab campion' memang sedap. Maafla takda gambar. lepas aku siap makan baru aku ingat nak humbam dalam blog. Kihkihkih. 

Ni laa Asiatique,



Dekat sini banyak barang barang yang lawa lawa. sapa yang hantu shopping macam aku boleh la kesini. Aku sangat jamin kauorang akan suka. Swear!!!!!!


Pastu, ada benda dekat atas ni, orang panggil aku ntah aku lupa dah. Memang tersangat la besar. tapi aku tak ingat. Wuuuu seram sejuk la peah . dengan ketinggian yang nak sama dengan ketinggian gunung kinaballu tu, memang haram jadah aku nak naik -.-

Hari kedua : 

Siap siap pergi naik kereta, Haish bangun tidor bangun tidor aku dalam kereta tu. Lama nak mampus perjalanan padahal driver tu dah bawak laju nak mati. Pastu sampai la dekat nama apa ntah tapi nak pergi ke floating market la. Alaaa yang sungai chaopraya tu. betul ke ejaan tu? hentam sajala! kuikuikui. Yang dalam subject geografi form 3 tu. yang tu laaa. Ni haa mak peah, mak jemah gambarnya :

((orang panggil floating market))



nak pergi dkat sini boleh, kita bayar, cuma bayaran dia agak mahal. seratus sorang. Then kita naik bot yang laju macam roket. kalau pakai tudung nak tercabut tudung, kalau pakai turban confrim tercabut. Hahaha!! 

Pastu, kiteorang pergi naik gajah. Mula mula taknak sebab ummhhh takut gilaaa, memang taknak gila. tapi abang beli jugak tiket. Uhhh mahal juga la tiket. Boleh tahan. naik atas tu memang tinggi gila tapi yang tak bestnya gajah tu jalan slow. Kahkahkah. sila bagi pelempang. gajah memang la jalan slow biul -.- Anak sedara aku yang umur setahun lebih tu suka kuat gila bila naik gajah sampai gajah aku dengan gajah abang aku yang jauh gila tu boleh dengar suara dia ketawa. Hahaha. Pastu singgah la makan dekat restoran yang okeyla, Kenyang. cuma sotong dia macam ala ala tak masak gitu. nak termuntah gak aku makan mula mula. tapi tahan je. aku makan nasi putih nga tom yam je. 

Pastu singgah la pulak dekat gems gallery, kat situ dia jual barang kemas yang mahal mahal sampai berjuta juta. Untuk rosmah elok la datang situ. Barang dia pun cantik cantik. cuma mahal nak mampos la. No money la brader :'3 tapi gems ni adalah tempat the biggest jewelry store. Hm barang kemas dia pun lawa lawa. Perkhidmatan dia pun first class. Emang best sangat.



Pastu sebelah tempat jual barang kemas ni, ada tempat shopping untuk penjagaaa badan, handbag yang dari kulit binatang, baju yang di buat dari batik. mula mula ingat selendang batik, bila bukak baju. Oppsss tapi harga mahal la. pastu ada kain nak buat baju kurung semua. Pastu ada handbag buatan tangan. handbag yang sesuai untuk dinner. Handbag nak bawak pergi jalan2 pun ada tapi mahal K. Money la money :'3 And mak aku, aku and kakak ipar aku just beli untuk penjagaan abang. Tapi abang aku and kakak ipar aku ada jugalah beli barang perhiasan utuk anak dia. 


Ni la yang hako beli, syampo, lotion, sabun mandi semua la. tapi sekarang aku guna yang herba skin treatment je. bau pun wangi! pastu tak berminyak macam lotion biasa. kulit pun jadi mulus seperti bayi! Acah je macam bayi alaa alaa bayi gitoooo :-))))

Pastu malam tu pergi siam, tapi naik train la. Siam center memang cantik gila! serious talk. takdalah kebosanan nak menunggu train . 




Siam center ni shopping complex dia ala ala pavilion lar. Barang pun mahal nak mati. Tapi yang paling lucu kedatangan train tu macam kedatangan ufo. sebab bila train dia datang bergegar je terminal tu. Muka kakak ipar aku pun berdebar degup degup bila terminal tu bergegar. Ku pikirnya guruh rupanya train. Cis. 

Pastu abang aku pergi dekat hard rock cafe. Untuk beli baju. abang and kakak ipar aku je beli. Aku tak, baju pun mahal pastu aku tak berapa suka design dia. terlalu simple. Cis. Orang dekat situ manyak syeksiii maaaaaaa!! Hahaha ketat sana sini nak tersembur itu ini. Opsss. Terlebih sudaaaaa. Pastu nak dinner kiteoang beli subway. Um beli yang tuna je. yang lain semua haram. Pastu balik nak teksi tuk tuk. Hahaha kelakar kan nama tapi bila naik fuuhhhh laju macam rancing car je. 

Ni la tuk tuk . Bayaran dia pun agak mahal la tapi best la bila naik. Kihkihkih :-))))

Hari ketiga :

Siap siap naik train pergi weekend market! Haaa sapa yang hantu shopping macam aku boleh la kesini. Kat sini banyak sangat barang. Barang pun lawa lawa. Pashmina banyak dijual kat sini, semuanya cantik cantik. Harga dia sama je dengan malaysia. 


Kan aku dah kata. berlambak pashmina kat sini. semuanya cantik! 





(( patung yang dibuat daripada lilin))

weekend market ni ala ala pasar malam la. tapi market ni besar sangat. macam macam barang boleh dipilih. kalau kau ikutkan hawa nafsu memang bangkrap ah kau. barang pun murah. hadbag yang cantik pun ada. tapi tiruan semata mata la. Kihkihkih :-))) Market ni macam astro 'Macam macam ada' kau nak cari apa pun, semuanya ada. Nak handbag yang brand mahal mahal tapi harga murah pun ada. Tapi lenguh la kaki. Aku kemain pakai heels last last beli selipar jepun angrybird. cis. 


Pastu penat semua ni, kteorang pun balik. dalam perjalanan kiteorang jumpa pondan yang kurang siuman. Dia mintak derma, tapi dia meyanyi. suara dia sumbang. Urgh kelakar habis dodol. Dahla pakaian macam perempuan. make up pun tebal Haish hairan hakooooo -.-

Pastu malam tu pergi dinner dekat indian delight. Makanan pun first class. Habis 200 lebih jugal dekat situ. Even mahal pun tapi kenyang. makanan pun sedap, banyak pulak tu. Tapi makan briyani je. even briyani je kononnya tapi sedapp sangat. kalau ambik yang pedas memang pedas gila, kalau ambik yang medium tak pedas sangat. Tapi aku ambik medium, abang yang ambik pedas. Fuuhhh fuhhhh. 

Lepas dinner kiteorang pergi jalan jalan dekat area hotel tu sambil exercise, nak turunkan lemak yang sekilo tu. Hahahaha -.- Pastu kiteorang pun balik hotel. my mom dengan abang aku sorang lagi dah tidor, tapi aku tak tidor sebab nak study. yela aku pergi time exam. Haish. rajin je aku study. Kihkihkih.

Nila yang aku beli dekat weekend market. ((beg bendera british, pashmina and blaus))

Hari terakhir :

Siap siap pergi breakfast, pastu naik tuk tuk untuk round sekitar bangkok. pergi dekat butik kain. Pergghhh mahal dodol. semeter 80 hengget. Memang takboleh blah . pastu kiteorang pun pergi balik hotel nak kemas itu ini. 

Lepas kemas solat semua ni kteorang pun turun tunggu van. Sejam juga tunggu van sambil tunggu van makan juga la dekat hotel. kek and air coke. Chocolate cake. Wuuu dappp tapi rasa macam ala ala apolo sikit. Kihkihkih :-))))) pastu van pun sampai. van pun besar gedabak. okeyla bayar pun mahal. Jauh jugalah airport dengan hotel. tak lama kemudian sampai. dalam nak tunggu flight tu pergi la toilet, tapi yang sedih nya takda air la brader :'3 Cuak juga memula pun. 

pergi depan depan tu adalah toilet yang ada air. Mujur *lepas nafas* pastu pergi la lunch. tapi lunch ni tak perlu bayar sebab naik yang bisness class. so free. Even free makanan pun sedapp. pastu kiteorang pun pergi naik flight. bye bye to bangkok. 



Dekat bangkok memang sedapp sangat! Macam shopping heaven la. Rugi kalau tak pergi. Serious talk la brader !!!!!!! Last but not last vacation ke bangkok tidak akan mengecewakan sesiapa pun. Sorry broken malay. Kihkihkih. 

Assalamualaikum dan daaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! :-)))))))))))